fbpx

Keledek Goreng Rangup Kruk Krapp, Boleh Guna Untuk Masakan Lain Juga

iCookAsia

Bahan-bahan yang digunakan untuk bancuhan tepung ini memang simple sangat. Bancuhan ini juga boleh digunakan untuk bahan masakan lain seperti pisang, cempedak, malah nak buat ikan celup tepung pun boleh. Hasilnya memang sedap, dan yang paling penting rangup.

BAHAN-BAHAN

Keledek

Planta

Tepung gandum

Minyak

Garam

Serbuk kunyit

Air suam

 

CARA-CARA

1. Buang kulit dan potong keledek panjang-panjang seperti dalam gambar.

2. Satukan semua bahan bancuh dan gaul sebati. Bancuhan tak cair dan tak pekat.

 

3. Masukkan keledek ke dalam bancuhan dan salut bagi rata.

4. Panaskan minyak, dan goreng sehingga warna keemasan.

5. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama sambal kicap atau begitu sahaja.

Haa mudah kan resepi ni? Selamat mencuba!

Kredit: Aiza Shereen

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x