in ,

Kerabu Tauge Kacang Botol Dan Kerang Style Tersendiri. Resepi Paling Mudah dan Sedap!

Kerabu ini bermacam-macam jenis. Asal bercampur beberapa bahan juga dipanggil kerabu. Seperti perkongsian resepi hari ni, iaitu campuran sayur tauge, kacang botol dan juga kerang. Makan dengan nasi putih panas-panas ni confirm sedap dan puas. 

Terima kasih Myra Mahamad Saad untuk perkongsian resipi Kerabu Tauge Kacang Botol dan Kerang ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tauge (dicelur sekejap)

5 batang kacang botol (dihiris)

1 biji bawang besar (dihiris)

5 biji  cili api (ditumbuk halus bersama garam, belacan bakar sedikit dan gula) 

1 cawan isi kerang yang direbus

Jus limau nipis secukupnya (anggaran 2 biji je saya guna tadi) 

2 sudu Kerisik atau secukupnya (lebihkan pun boleh) 

Gula dan garam yang ditumbuk tadi

*Nak tabur pun boleh. Tak ada masalah. Tapi dah tumbuk tadi, rasa dahulu yang sudah siap digaul dengan bahan sayur tadi. 

Cara membuat:

  1. Blend sikit lada kering lebih kurang 5 biji  dan sedikit kelapa parut.
  2. Gaul sebati semua bahan tadi, tauge, kacang botol, lada kisar dan kelapa tadi, lada tumbuk, kerisik, jus dan  isi kerang. Gaul sebati, dan  rasa.

*Kalau  ade  rasa yang kurang cukup, boleh tambah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Myra Mahamad Saad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0