in , , ,

Kerutuk Daging, Sedapnya Hingga Menjilat Jari. Makan Dengan Roti Pun Sedap.

Rasa manis yang ditonjolkan dengan kerutuk daging ini memang sesuai sekali dipadankan dengan sambal belacan. Memang jauh perginya. Selalunya perbezaan kuah kerutuk, ia sedikit pekat dan berwarna gelap, malah rasa manis akan lebih terasa berbanding masam dan masin.

Selalunya orang dulu-dulu akan tambahkan gula Melaka agar keenakannya lebih mengancam, namun jika mahu gunakan gula kasar pun tiada masalah. Untuk kerutuk daging, potong daging mengikut arah urat.

 

Bahan :

Daging (potong ikut suka)

1 biji bawang besar*

3 ulas bawang putih*

5 btg serai*

1 inci halia*

6 tangkai cili kering*

1 inci lengkuas (ikut suka)* saya skip

Sedikit jintan manis (ikut suka)*

Kerisik (ikut suka)

1 bungkus rempah kerutuk

1/2 kotak santan

Gula (gula nisan, melaka, perang atau gula biasa)

Serbuk perasa

Garam

Rempah 4 sekawan

 

Cara :

1. Potong kasar bahan bertanda * dan kisar sehingga halus bersama sedikit air dan minyak.

2. Tumiskan rempah empat sekawan dan bahan kisar sehingga garing dan masukkan serbuk rempah.

3. Tumis sehingga pecah minyak dan baru masukkan daging bersama santan dan kerisik. Masak sehingga daging empuk.

4. Apabila daging empuk, baru masukkan gula dan serbuk perasa. Kuah ikut suka nak tahap kepekatan, kalau suka berkuah, tambah air. Kalau nak kering, terus masak sampai pekat.

Sumber : Jamaliah Samsudin

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0