fbpx

Ketam Goreng Cili

iCookAsia

Peminat ketam pasti suka resepi ini. Bukan saja sedap dimakan bersama nasi putih yang panas, dengan roti pun boleh dicicah sekali kuahnya! 🙂 Resepi ini disediakan dengan kerjasama Saji Malaysia.

Bahan-bahan:

2 ekor ketam nipah/ketam bunga (belah dua, bersihkan dan ditos kemudian goreng sebentar dalam minyak yg betul- betul panas)
2 sudu besar Minyak Masak SAJI (boleh menggunakan minyak gorengan ketam tadi)
1 biji bawang besar (dihiris bulat kemudian di goreng sehingga perang keemasan)
1 sudu besar bawang putih cincang
2 sudu besar halia cincang
3 biji cili padi (dihiris nipis)
2 sudu besar sos hoisin
125 ml tomato sos
100 ml cili thai sos
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil minyak bijan
100 ml air (atau secukupnya)/ air rebusan ayam
2 helai daun bawang (dipotong 1 inci panjang)
1 sudu besar cuka makan/cuka beras (optional)
½ sudu teh tepung jagung
Garam dan gula

Cara membuat:

1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih, halia dan hirisan cili sehingga naik bau.
2. Masukkan sos hoisin, tomato dan cili thai sos, minyak bijan, cuka dan air kacau sebati
3. Biar 5 minit kemudian masukkan ketam. Perlahankan api dan biarkan mereneh selama 10 atau 15 minit
4. Kacau tepung jagung dan air. Digunakan untuk pekatkan kuah (sila rasa dulu kuah sebelum masukkan campuran air dan tepung jagung)
5. Masukan potongan daun bawang dan bawang goreng. Kacau sebentar kemudian siap untuk dihidangkan.

Nota: ketuk/pecahkan dahulu bahagian ketam yang keras untuk memudahkan sos meresap dan sewaktu ketam dimakan.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x