in ,

Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Tak Tahu

Bercakap mengenai sayuran, terdapat macam-macam jenis sayuran tapi tak ramai orang tahu akan khasiatnya. Sama seperti kacang bendi. Bukan itu sahaja tau, kacang bendi sangat sedap untuk dibuat ulam dan ada juga yang makan begitu sahaja. Walaupun kacang bendi ini kecil, tetapi khasiat yang terdapat padanya sangat besar.

Jom Admin share fakta menarik mengenai kacang bendi.

Terima kasih Maya KU untuk perkongsian Manfaat Kacang Bendi ini 🙂

Manfaat-manfaat:

  1. Pertama sekali, kacang bendi merupakan anti-diabetic. Ianya membawa maksud dimana fiber yang ada pada bendi memperlahankan kemasukan gula dalam darah.
  2. Seterusnya, bendi dikenali sebagai anti- kolesterol. Pectin pada bendi membantu merendahkan kolesterol sebanyak 10%.
  3. Kacang bendi juga dikenali sebagai penjaga neuron ataupun dipanggil sel otak. Ini bermakna catechin bertindak menghalang sel otak dari mati.
  4. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat meningkatkan kapisiti otak dimana epicatechin dalam bendi dapat menghidupkan sel otak terutamanya bahagian yang melibatkan memori seseorang.
  5. Akhir sekali, bendi juga bertindak sebagai anti-nyanyuk (Alzheimer). Selain bertindak sebagai penjaga sel otak, quercetin dan procyanidin dalam bendi mempunyai kapasiti untuk menghalang Alzheimer dan dementia.

Semoga bermanfaat 😉

Kredit manfaat dan gambar: Maya KU(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.