fbpx

Korean Garlic Cheese, Lelehan Cheese Dan Kerangupan Roti Waktu Panas. Wajib Cuba.

iCookAsia

Roti Korean Garlic Cheese antara menu viral yang wajib cuba. Bukan sekadar tular tanpa sebab, namun keenakannya memang terbukti. Gabungan rasa garlic dengan masam manis cream cheese yang dibakar bersama roti menjadikan ia cukup diminati.

Sekadar panduan, sebelum dinikmati, bakar semula roti supaya minyak garlic dapat merangupkan lagi tekstur roti.

 

Bahan Doh :

250 gm Tepung high protein

20 gm Marjerin

110 ml Fresh milk – suam

30 gm Gula

1 sudu kecil Yis

1 biji Telur gred A

1 sudu kecil Garam

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan di dalam bekas dan uli selama 45 minit sehingga doh menjadi elastik. Boleh menggunakan mixer atau tangan, namun pastikan diuli sehingga doh betul-betul elastik dan tidak koyak apabila ditarik.
  2. Selepas siap, bahagikan doh setiap 80 gram dan bulatkan. Rehatkan selama 30 hingga 45 minit sehingga naik dan kembang.
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180c selama 20 minit.

 

Bahan Cream Cheese :

200 gm Cream cheese

50 gm Whipping cream

30 gm Gula

 

Cara :

  1. Mixer semua bahan sehingga sebati. Boleh juga gunakan blender. Kemudian masukkan ke dalam piping beg dan potong di bahagian hujungnya.

 

Bahan Sos Garlic :

70 gm Marjerin/butter

2 sudu besar Madu

3 ulas Bawang putih – potong dadu

1 biji Telur

Sedikit mix herbs, oregano atau parsley

 

Cara :

  1. Cairkan butter menggunakan api perlahan. Ketepikan dan masukkan butter ke dalam mangkuk.
  2. Selepas itu campurkan semua bahan dan gaul rata.

 

Langkah Seterusnya :

  1. Apabila roti siap dibakar, sejukkan dan potong empat di bahagian tengah tetapi jangan sampai terputus.
  2. Paipkan sos cream cheese pada celahan roti yang dipotong tadi. Kuantiti ikut citarasa masing-masing.
  3. Sapukan sos garlic pada keseluruhan permukaan roti dan masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170c selama 10 minit
  4. Selepas siap, tuangkan lebihan sos garlic dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Puteri Rupawan

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x