in , , ,

Kuah Kacang Nasi Impit Paling Simple. Aik, Senangnya. Resipi #Ramadan

Selalunya nampak bila mak-mak di dapur, renyahnya nak membuat kuah kacang. Namun resipi perkongsian ini cukup menyenangkan dan bahan yang digunakan pun mudah, tidak renyah.

 

Bahan :

3 btg serai*

2 inci halia*

2 biji bawang merah(besar)*

Segenggam cili kering*

2 cawan kacang goreng kisar

2 sk pes asam jawa

Gula melaka / gula biasa

Garam

 

Cara :

1. Kisar bahan bertanda *

2. Kemudian tumis sampai pecah minyak.

3. Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji. (masukkan sikit-sikit, takut masam sangat)

4. Masukkan kacang goreng kisar kering 2 cawan. Kalau tak cukup pekat, tambah lagi.

5. Masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut suka hati.. kuah kacang sedap kalau manis.

6. Tumis sehingga pecah minyak dan siap.

7. Kuah kacang dimasak awal tidak mengapa kerana makin lama dipanaskan, makin sedap.

8. Ada yang suka masukkan udang kering, terpulang kepada selera masing-masing.

9. Jika pekat sangat, tambahkan air.

Sumber : Abdul Razak Abdul Rahim

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0