fbpx

Kubis Gulung, Menu Sihat Buat Anda Yang Tengah Diet. Jangan risau, Mudah Je Nak Buat!

iCookAsia

Nak amalkan gaya yang sihat, makanan juga perlu daripada bahan yang elok dan sihat. Sayur antara makanan yang kaya dengan khasiat atau zat yang penting untuk tubuh badan. Untuk resipi kali ini ialah menu sihat. Sedap dicicah bersama sos thai dan buat kunyah-kunyah. 

Terima kasih Az Hanie Ismail untuk perkongsian resipi Kubis Gulung ini 🙂

Bahan-bahan:

Dada ayam (dicincang) ataupun daging cincang (jenama Ramly)

Bawang putih

Bawang merah

Serbuk lada hitam

Serbuk lada sulah

Serbuk Maggi cukup rasa (atau boleh diganti dengan garam bukit bagi yang hendak diet)

Serbuk cili

Lobak merah

Kobis ungu

Cara membuat:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan masak hingga air ayam sedikit kering.
3. Kemudian, masukkan lobak dan kubis ungu dan goreng seketika.
4. Masukan lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan maggi cukup rasa. Sesuaikan rasa.

Tips: Kulit kobis boleh dipakai kobis apa-apa sahaja. Yang penting, kubis perlu dicelur dahulu supaya lembut dan senang untuk di gulung.


5. Gulung kubis bersama isinya.


6. Selepas itu, ikat dengan menggunakan daun kucai.

*Tak ikat juga tidak mengapa.

7. Akhir sekali, kukus lebih kurang 3 minit untuk lembut kan lagi kubis itu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Az Hanie Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x