in ,

Kudapan Yang Bikin Ketagih, Salted Egg Cornflakes. Mudah Je Nak Buat!

Admin pasti anda pernah nampak diluar ada yang menjual makanan kudapan iaitu Salted Egg Cornflakes kan? Haa, biasa Cornflakes madu je, tapi kali ini sudah ada yang menggunakan Salted Egg. 

Daripada beli di luar, baik kita buat sendiri di rumah. Boleh la tambah bahan-bahan yang kita ingin suaikan ikut tekak kita. Mudah je nak buat ni. Orang bujang pun boleh buat. 

Terima kasih Rozmaliza Omar untuk perkongsian resipi Salted Egg Corn Flakes ini 🙂

Bahan-bahan:

500 gm nestles cornflakes    

180 gm butter

100 gm salted egg powder

5-6 helai daun limau purut dihiris halus

5 biji cili padi di hiris halus

1 sudu besar chili flakes (optional)

60 gm gula kastor

1 sudu besar salted egg powder

Cara membuat:

  1. Panaskan butter hingga cair, masukkan daun limau purut dan cili padi. Tumis hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Kecilkan api. Masukkan gula kacau hingga larut. 
  3. Masukkan salted egg powder kacau hingga berbuih-buih.
  4. Masukkan cornflakes dan cili flakes gaul hingga rata.
  5. Tutup api dan taburkan salted egg powder yang 1 sudu besar tadi. Gaul rata-rata lagi.
  6. Masukkan cornflakes ke dalam loyang besar dan bakar dengan suhu 160c selama 5-7 minit.
  7. Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.