in ,

Kuey Teow Celup Campak-Campak Yang Sedap. Kalau Rindu Makan Di Kedai, Boleh Buat Ikut Resepi Ini.

Ada orang jenis yang tak makan nasi, jadi antara pilihan makanan diet dia adalah mee atau kuey teow. Hanya untuk elakkan makan nasi, hidangan mee/kuey teow pun boleh kenyang dah. 

Kalau anda lah orangnya, disini Admin kongsikan antara masakan yang menggunakan kuey teow yang cukup menyegarkan dan mengenyangkan. Jom cuba!

Terima kasih Yana Jais untuk perkongsian resipi Kuey Teow Celup ini 🙂

Bahan-bahan:

500gm Kuewtiaw dicelur

Sawi Pak Choy/Kangkung dicelur

Tauge (dicelur dan serbuk kacang tumbuk, jika suka)

Bawang Putih, halia (ditumbuk untuk buat minyak bawang) 

Ketulan isi/tulang ayam dan Hirisan lobak

Serbuk Cili, Lobak Masin, Limau Nipis, Bawang Goreng, Sambal Kicap (untuk dihidang sewaktu makan) 

Tambahan Hirisan Cendawan Shitake (Jika suka) (Rendam terlebih dahulu dengan air panas jika cendawan jenis kering) 

2 sudu besar Kicap Cair & 1 sudu besar Minyak Bijan, Tambahan 2 sudu besar Kicap Sotong (jika ada)

1 kiub Pati Ayam, 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam & 1 sudu kecil serbuk Lada Sulah

Sedikit garam

Cara memasak:

  1. Rebus Ayam sehingga mendidih bersama 1 kiub Pati Ayam, Kicap Cair (2 sudu besar), Kicap sotong (2 sudu besar), 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan 1 sudu kecil lada sulah.
  2. Sementara itu, tumbuk Bawang Putih dan Halia. Tumis sehingga kekuningan di kuali lain dan masukkan ke dalam sup.
  3. Masukkan Hirisan lobak & cendawan shitake. Rebus seketika
  4. Masukkan Sawi Pakchoy (Jika tidak Dicelur), Minyak Bijan (1 sudu besar) dan sedikit garam.
  5. Reneh sebentar, kemudian matikan api.

*Hidang bersama bahan-bahan celur, sambal kicap, serbuk Cili, lobak masin, bawang goreng, dan hirisan limau nipis.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yana Jais (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0