fbpx

Kuey Teow Kerang Yang Mampu Buat Korang Terliur. Mengancam Betul Hasil Dia.

iCookAsia

Kuey Teow ni, kalau beli dekat luar mesti ada je kita rasa tak cukup kan. Sedap tu memang sedap, tapi isi kerang atau yang lain tidak la banyak mana. Tetapi, kalau buat sendiri baru puas. Sebab kita boleh letak banyak mana yang kita mahu. Tidak perlu pula kisah pasal harga, hehe. 

Alang-alang anda dah sini. Apa kata cuba masak resipi di bawah ini? 

Terima kasih madam_musfirah untuk perkongsian resipi Kuey teow Kerang ini 🙂

Bahan-bahan:

Sekilo kuey teow

1 cawan cili blend

9 ulas bawang putih

7 biji bawang merah

200 g isi kerang

Sawi

Kicap pekat

Kicap manis

Sos tiram

Sos cili

Sos tomato

Garam

Cara memasak:

  1. Perap kuey teow dengan kicap pekat dan kicap manis.
  2. Tumbuk kasar bawang-bawang.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang-bawang sampai garing.
  4. Tumis cili blend sampai cili pecah minyak.
  5. Masukkan garam, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  6. Masukkan isi kerang.
  7. Masukkan kuey teow.
  8. Masukkan sawi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: madam_musfirah (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x