fbpx

Kuih Akok Pandan Dan Jagung. Resepi Gaya Sihat, Sebab Ini Confirm Kurang Gula Dan Minyak.

iCookAsia

Kuih Akok ini antara kuih yang sangat popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Masing-masing ada caranya yang tersendiri. Ia juga selalu dijadikan sebagai pencuci mulut. Ha.. kalau ada tetamu mai datang rumah tu, boleh la cuba nanti, tunjukkan skills memasak anda. 

Terima kasih Nur Shahidar Amsyar untuk perkongsian resipi Akok Pandan dan Akok Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

6 biji telur

1 cawan santan pekat

1 cawan air masakan (dengan 3/4 cawan gula dan daun pandan, sejukkan)

1 sudu besar tepung beras

4 sudu besar gandum

1 sudu teh garam

Cara membuat:

  1. Blend atau gunakan whisk bahan-bahan seperti telur dan tepung-tepung.
  2. Masukkan santan dan garam juga air gula. Tapis dan bakar. 
  3. Kalau nak buat perisa jagung, selepas tapis, masukkan 1 cup jagung tin cream.
  4. Kalau nak gunakan pandan, daripada 1 cawan air tadi, separuh guna untuk kisar daun pandan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Shahidar Amsyar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x