fbpx

Kuih Apam Tepung Beras. Pencuci Mulut Waktu Berbuka. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Lagi dua hari sebelum Aidilfitri menjelang, pelbagai resipi telah dicuba untuk hidangan berbuka keluarga. Apa kata hari ini kita cuba resipi lebih mudah, jadi kuranglah penat memasak. Bolehlah tumpukan perhatian untuk laksanakan solat Terawih terakhir malam ni.

Bahan A :

2 sudu besar tepung beras

3/4 cwn air

 

Cara :

1. Campurkan bahan A sehingga sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga sedikit pekat. Matikan api.

 

Bahan B :

2 cwn tepung beras

3/4 cwn gula

1 cwn air (jangan cair sangat buat macam bancuhan jemput-jemput – akak kurangkan airnya)

1/2 paket mauripan..

 

Bahan C :

Eno paket biru

 

Cara :

1. Bancuh bahan A dan B sehingga sebati. Kemudian peram lebih kurang satu jam.

2. Bila nak kukus, kacau kembali adunan sehingga sebati dan masukkan eno sedikit demi sedikit sehingga habis.

3. Terus kukus. Sebelum itu pastikan air sudah mendidih dan baru kukus. Kukus dalam 8 minit.

Sumber : Yati Yati

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x