fbpx

Kuih Bom Inti Kacang, Ini Caranya Supaya Bom Tak Meletop. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Ramai yang sukakan kuih bom kan? Selalunya inti kuih ini boleh dipelbagaikan dengan macam-macam antaranya kelapa dan kacang. Resipi kali ini dijamin menjadi dan turut dikongsi tips supaya bom tidak pecah semasa menggoreng.

 

“Baru je siap goreng..Mlm2 pn mkn Kuih.. ni kuih bom bijan inti kacang..yg penting xmeletup dlm kuali,,ni sy ambil resepi dlm group ni puas hati sgt..ada yg Nk resepi bagitahu yer.”

 

Bahan kulit :

1 paket Tepung pulut (500g)

1 cawan Tepung Gandum

Secubit Garam

Air secukupnya

Bijan Putih

 

Cara :

1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam, gaul rata kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat di besen.

2. Sebelum uli untuk masukkan inti, PASTIKAN TANGAN DILUMURKN DENGAN SEDIKIT MINYAK.

3. Ambil doh, masukkan inti kelapa, bulatkan dan gaulkan dengan bijan.

 

Bahan untuk inti:

Kelapa parut

Gula Merah

Gula Pasir

Secubit Garam

Sedikit Air

 

Cara :

1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali kemudian masukkan gula merah, gula pasir dan garam.

2. Kacau hingga gula cair dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.

 

Cara goreng :

1. Buka api sederhana besar dan masukkan minyak. Apabila minyak sederhana panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.

2. PASTIKAN MINYAK TIDAK TERLALU PANAS SEBELUM MASUKKAN BOM.

3. Selepas bom mula mengembang dan bertukar warna kacau kuih sehingga masak. (TIPS UNTUK KUIH TIDAK PECAH IALAH SENTIASA KACAU)

Sumber : Zuhaidar Mohd Sofi

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x