fbpx

Kuih Kalakatar Aka Bingka Kelapa Muda. Kuih Legend Orang Banjar, Memang Sedap.

iCookAsia

Kuih Kalakatar atau Bingka Kelapa Muda merupakan kuih legend Orang Banjar dan cukup mudah untuk disediakan. Tidak perlukan banyak langkah, dan rasanya cukup memukau selera.

Terima kasih El Chain atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

5 cawan Air kelapa muda (lebih kurang dua biji kelapa)

1 1/2 cawan Tepung beras

1/2 cawan Tepung gandum

1 cawan Gula

2 cawan Isi kelapa muda

1/2 sk Garam

2 biji Telur

 

Cara :

  1. Campurkan air kelapa, telur, tepung beras, tepung gandum, gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian tapis dan tuang ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana dan kacau selalu bancuhan sampai berwap, bukan menggelegak. Kena selalu kacau.
  3. Lengser loyang dengan marjerin dan tuang bancuhan tadi. Kemudian tabur isi kelapa.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 90 minit menggunakan api atas bawah. Loyang tidak perlu ditutup dengan foil.
  5. Selepas siap dibakar, sejukkan dahulu adunan dan baru dipotong.

Nota tambahan :

  1. Gunakan kelapa muda kerana isinya lebih lembut dan seperti jeli.
  2. Selepas siap dibakar, boleh terus dipotong atau diceduk terus daripada loyang kerana teksturnya yang lembik dan lembut.
  3. Resipi yang asli, adunan harus dibakar menggunakan arang tempurung dan sabut kelapa.

Kredit resipi & foto : El Chain

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x