fbpx

Kuih Kapal Terbang/ Kuih Tiram/ Kuih Lidah Buaya. Pelbagai Nama, Tapi Resepi Tetap Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Sudah Raya ke-4 ini, ada yang sudah bosan makan kuih raya ke? Haa, kalau bosan dah tu jangan risau. Anda boleh lagi menikmati kuih-kuih tradisional pada Hari Raya ini. Bersama kita beri anak-anak di rumah kenal pada kuih tradisi Melayu. 

Seperti perkongsian resepi kuih di bawah ini. Kuih yang dipanggil Kuih Kapal Terbang ini mempunyai pelbagai nama seperti Kuih Lidah Buaya dan juga Kuih Tiram. Menarik namanya, begitu juga dengan rasanya. Kalau anda belum pernah makan, jom belajar buat!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Kapal Terbang ini 🙂

Bahan A

2 cawan tepung gandum*

2 sudu besar minyak*

1 sudu besar marjerin*

Secubit garam*

Air

Caranya:

  1. Gaul bahan bertanda ( * ) sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh. Uli sehingga tidak lekat di jari.

Bahan B (gam/pelekat)

5 sudu besar tepung ubi

5-8 sudu besar minyak

*gaul sebati sehingga menjadi paste.

Bahan C

Minyak secukupnya (untuk menggoreng)

Gula halus (untuk salutan)

Susu tepung (optional)

Cara membuat:

  1. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bulat-bulatkan.
  2. Ambil doh dan canai nipis. Ambik gam/pelekat tadi sapu rata di atas doh.
  3. Kemudian gulung doh. Ambil pisau dan potong gulungan doh sebesar ibu jari.
  4. Canai lagi doh yang dipotong tadi sekali lalu.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga menjadi warna kuning keemasan.
  6. Tunggu sejuk dulu baru salut dengan gula halus.

*kelopak, guna lidi untuk buka masa tengah menggoreng

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x