fbpx

Kuih Kegemaran Ramai, Kuih Puteri Ayu. Santan Jangan Cair Sangat, Tak Menjadi Nanti.

iCookAsia

Siapa suka Kuih Puteri Ayu ni? Angkat tangan sikit, hehe… Kuih ni memang legend. Kalau peniaga di tepi jalan, mesti akan sediakan dan menjual Kuih ini. Antara Kuih yang wajib ada! 

Tak susah sebenarnya nak buat. Ada dua lapisan iaitu lapisan hijau pandan dan putih kelapa. Tekniknya pula kukus, jadi lebih mudah dan lembut hasilnya. Buat yang tak pernah cuba buat di rumah, anda patut cuba sekarang!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Puteri Ayu ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

3 biji telur gred B

1 cawan gula

1 cawan santan bersama air daun pandan

1 sudu besar ovalette

1 sudu kecil soda bikarbonat

Kelapa parut

Sedikit tepung ubi

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Kisar 5 helai daun pandan dengan kelapa parut. Jadikan 1 cawan santan dan air daun pandan dan ketepikan. 
  2. Pukul sehingga kembang telur, gula dan ovalette.
  3. Masukkan santan dan air daun pandan tadi. Kemudian, pukul lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung yang sudah diayak dengan baking soda/ soda bikarbonat. Pukul sehingga sebati semua bahan.
  5. Untuk bahagian Kelapa parut (ambil yang putih sahaja), gaulkan bersama tepung ubi dan secubit garam. 
  6. Kemudian, panaskan air kukusan sehingga mendidih.
  7. Sapu minyak di acuan dan masukkan kelapa. Tekan-tekan bagi padat dan kukus sekejap.
  8. Tuang adunan pandan tadi ke dalam acuan dan kukus lagi selama 10 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x