fbpx

Kuih Kegemaran Ramai, Resepi Biskut Semperit. Memang Sedap Ni

iCookAsia

Bila tiba je hari raya, pelbagai kuih muih yang kita boleh jumpa. Mesti pening nak pilih yang mana satu kan. Tapi kalau buat sendiri pun best juga. Dapat makan banyak hehe. Jom cuba buat kuih semperit ini. Admin pun terliur ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Azmah Zakaria perkongsian resipi Biskut Semperit ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan buttercup

3/4 cawan gula aising

1 biji kuning telur

Sedikit esen vanila

2 cawan tepung jagung

1 cawan tepung kastard

1 cawan tepung gandum

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pukul buttercup, gula dan telur. Gaul manja-manja sahaja.
  2. Kemudian, masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan pula tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.
  4. Akhir sekali, bentukkan ia menjadi bunga dan bakar pada suhu 150 selama 30 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azmah Zakaria(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x