in ,

Kuih Keria Gula Melaka Viral. Guna Tepung Beras Supaya Waktu Uli Tak Melekat Pada Tangan.

Kuih gula melaka ini memang sudah popular lama. Mula jadi viral apabila ada satu kedai yang popular di Melaka menjual kuih keria gula melaka yang gebu dan montok. Sama seperti perkongsian resipi di bawah ini. Sedapnya. 

Terima kasih Azlina Ina Fans untuk perkongsian resipi Keria Gula Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

3kg keledek (siap kupas tabur garam halus sedikit. Kukus lagi bagus sehingga empuk)

250 gram tepung beras cap gajah duduk

150 gram tepung gandum cap sauh

Cara membuat:

  1. Ubi yang sudah sejuk, dilecek kan. Sedikit demi sedikit, masukkan tepung dan uli sehingga sebati.
  2. Kemudian, buat bentuk bulat-bulat. Cucuk pakai chopstick untuk pindahkan adunan ke talam.
  3. Sebelum letak pada talam, taburkan sedikit tepung. 
  4. Panas kan kuali dan masukkan keria. Goreng dengan api sederhana.

Resepi Sira

Bahan-bahan:

200 gram gula halus

100 gram gula melaka

Air 100 gram

Daun pandan simpul

Cara penyediaan:

  1. Masuk kan semua bahan dan perlahankan api. Tunggu sehingga nampak bebuih halus dan pekat. 
  2. Kemudian, masukkan keria yang sudah digoreng. Kacau laju-laju. 
  3. Apabila sudah nampak betali, tutup api.
  4. Letak kuih keria pada atas jaring-jaring atau atas tray. Biarkan pada angin.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina Fans (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0