fbpx

Kuih Lapis Bentuk Tersendiri. Buat Jualan Harian Pun Boleh. Meriah, Mesti Laku.

iCookAsia

Biasanya kuih lapis ini warna merah jambu putih dan saiz nya segi empat sama. Tetapi, lepas jumpa je perkongsian resipi di bawah ini, nampak lebih meriah. Mungkin ini cara moden? Katanya ini memang dibuat jualan. Wah, mesti laku kan?

Terima kasih Cucu Opah untuk perkongsian resipi Kuih Lapis ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1 kotak santan (kecil)

1 cawan gula (“saya guna 3/4 sahaja”)

1 cawan air

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak warna yang kita suka.
  3. Saya pakai Loyang kuih lompang. Saya oles dengan minyak sedikit sebelum masukkan adunan.
  4. Kukus 1 warna selamat 2 ke 3 minit. Selepas itu, letak kan warna lain.

*Api jangan kuat ya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cucu Opah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x