fbpx

Kuih Legend, Kuih Apam Gula Merah. Orang Legend Pasti Suka.

iCookAsia

Cuba tanya pada Atok Nenek anda, kuih apa yang mereka suka. Selain, Kek Sarang Semut, Kuih Apam Gula Merah Ini juga merupakan Kuih atau Kek yang legend. Kuih orang dulu-dulu. Kalau anda tak pernah cuba dan makan, boleh lah ikut resepi perkongsian di bawah ini. Pasti sedap dan anda akan suka!

Terima kasih Hayana Hashim untuk perkongsian resipi Apam Gula Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan gula merah

2 cawan air

 

3 cawan tepung gandum

3 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1 paket mauripan

Cara membuat:

  1. Masak gula merah bersama air hingga larut, kemudian tapis dan sejukkan.
  2. Campurkan tepung gandum, gula, garam dan mauripan. 
  3. Masukkan air gula merah tadi. Tutup dan perap selama 1 jam.
  4. Pastikan tutup dalam bekas yang besar kerana adunan akan naik ya.
  5. Dah cukup sejam, kukus dalam 10-15 minit.

*Acuan mesti disapu minyak supaya kuih tidak melekat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hayana Hashim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x