fbpx

Kuih Legend, Kuih Peneram. Tak Perlu Perap Dalam Peti Ais Pun, Adunan Masih Menjadi.

iCookAsia

Kuih Peneram ini memang betul-betul ‘lama’ dan sesiapa yang mempunyai atuk dan nenek dan mereka reti membuat kuih ini, anda patut belajar buat. Kita tidak mahu adat terputus untuk generasi akan datang. Pelajari cara membuat kuih ini dengan sempurna, baru boleh diajar pada anak-anak. Anda juga boleh buat sebagai jualan. Betul tak? Jom buat!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Peneram ini 🙂

Bahan A

1 cawan air

1 cawan gula merah

1 cawan gula putih

Bahan B

4 cawan tepung beras (cap gajah 3)

2 sudu besar tepung gandum

Cara membuat: 

  1. Masak bahan A sehingga larut.
  2. Tapis dan terus masukkan ke dalam bahan B. Masa ini, perlu berhati-hati sebab air gula panas. Kacau guna senduk sehingga sebati. Kemudian, perap semalaman.
  3. Sudah siap perap, boleh goreng. Nak tekap guna acuan pun boleh, guna tangan pun boleh. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x