fbpx

Kuih Mochi Ketagih Nak Makan. Lembutnya Bila Dikunyah. Satu Adunan Dapat 14 Biji.

iCookAsia

Kuih mochi ni memang sedap dikunyah kan. Rasa kenyal ketika dikunyah memang cukup layan, macam chewing gum tapi boleh ditelan.

Malah inti di dalamnya boleh ditukar mengikut selera masing-masing, terpulanglah nak letak apa, yang penting sedap dimakan.

Menurut empunya resipi, satu adunan boleh dapat 14 biji mochi.

 

Bahan :

2 cawan Tepung pulut

2 sb Tepung jagung

1/2 cawan Gula

1 kotak kecil Santan (200ml)

1/2 cawan Air masak

1 sk Esen Vanila

Sedikit tepung pulut untuk salut mochi – sangai

Sedikit pewarna

 

Cara :

1. Masukkan tepung, gula, air dan kemudian santan sedikit demi sedikit.

2. Bancuh sehingga sebati.

3. Bancuhan dibahagikan kepada dua dan letakkan pewarna.

4. Kukus selama 20 minit.

5. Angkat dari loyang selepas dikukus. Adunan akan kenyal dan boleh ditarik-tarik selepas dikukus.

6. Letakkan inti kacang. Boleh letakkan inti lain juga.

7. Sedikit tepung disangai untuk menyaluti mochi.

8. Setelah masukkan inti, golekkan sedikit tepung pada kulit.

9. Sejukkan untuk rasa yang lebih enak.

Sumber : Azila Ismail

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x