fbpx

Kuih Paling Popular Dan Mudah Untuk Dibuat. Kuih Apam Polkadot, Boleh Dihidang Untuk Moreh Nanti. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Kuih Apam Polkadot ini, jangan dikata waktu bulan puasa. Sebelum bulan puasa lagi, ia sudah popular. Kerana cara memasak dengan mengukusnya sangat mudah sehingga menjadikan resipi ini antara resipi yang Anti-Gagal. Sempena bulan Ramadan ini, Admin kongsikan semula cara membuat kuih ini untuk anda cuba dan boleh hidangkan untuk Moreh nanti. Bila dah mahir, boleh lah kita sedekah kan kuih-kuih ini pada orang ramai. Confirm ramai yang suka!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Apam Polkadot ini šŸ™‚

Bahan-bahan:

2 biji Telur Gred A (yang sejuk dalam peti ais)

3/4 cawan gula pasir- di kisar

3/4 cawan susu cair

1 sudu besar ovaletteĀ 

2 sudu teh esen vanilaĀ 

1Ā  1/2 cawan tepung gandum

1Ā  1/2Ā  sudu teh baking powder

Cara membuat:

  1. Satukan semua ovalette, gula, susu cair, telur dan esen vanilla. Whisk atau kisar dengan sehingga putih dan bertanduk atau kental.
  2. Masukkan tepung. Whisk hingga sebati
  3. Bahagi kepada 3-4 bahagian, kemudian warnakan.
  4. Panaskan periuk kukus, buka api sederhana kuat sehingga air mendidih menggelegak.
  5. Adunan tadiĀ  masukkan dalam plastik dan gunting di hujung sedikit.
  6. Paipkan sedikit dalam paper cup. Masukkan jem. Kemudian paip lagi. Buat polkadot atau apa-apa corak mengikut kreativiti sendiri.Ā 
  7. Kukus dalam 8 minit.Ā 

Nota:Ā 

  1. Jika nampak apamĀ  berlubang,Ā  tambah 1-2 sudu besar tepung. Untuk yang kukusan seterusnya bagi tepung sedikit mampat supaya gelembung tu tidak terhasil.
  2. Balut tudungĀ  periuk kukusĀ  supaya air tak jatuh dalam apam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! šŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x