fbpx

Kuih Paung Aka Kuih Bom Inti Ikan. Sedap Sangat Sampai Teringat-Ingat. Ada Tips Supaya Kuih Tak Meletup Waktu Digoreng.

iCookAsia

Kuih Paung atau Kuih Bom Inti Ikan memang cukup popular di Terengganu. Kuih ini cukup enak dimakan selepas digoreng, rasa garing roti dengan inti isi ikan yang dimasak bersama santan dan rempah cukup menggoda selera.

Terima kasih Nurieyda Alias atas perkongsian resipi.

Cara :

  1. Rebus ikan kembung dan ikan sardin bersama garam dan asam keping.
  2. Selepas siap direbus, asingkan isi dan tulang. Hancurkan isi ikan, boleh gunakan lesung. Ketepikan.
  3. Masukkan 2 cawan tepung pulut, 1 cawan tepung gandum, 2 cawan kelapa muda parut dan 1 sudu kecil garam ke dalam bekas. Kemudian masukkan sedikit air dan gaul sebati. Air jangan terlalu banyak kerana susah untuk bulatkan kuih paung. Gaul sehingga tidak melekat pada tangan.
  4. Selepas siap diuli, masukkan adunan ke dalam peti air bahagian bawah selama 30 minit. Tujuannya supaya kuih paung tidak meletup sewaktu digoreng.
  5. Masak inti ikan. Sediakan sebiji bawang besar saiz sederhana, 1 inci halia dan 1 sudu kecil halba. Bawang dan halia dikisar.
  6. Sediakan kuali dan masukkan isi ikan yang dihancurkan tadi.
  7. Kemudian masukkan satu kotak kecil santan. Jika gunakan santan segar, masukkan 1 cawan santan pekat.
  8. Masukkan pula bahan kisar. Perasakan dengan garam dan perasa, baru masukkan halba.
  9. Masak sehingga sedikit kering, namun jangan kering sangat kerana akan kurang sedap.
  10. Keluarkan paung daripada peti ais dan bulatkan. Tekan bahagian tengah untuk masukkan inti. Kemaskan dan bulatkan kembali.
  11. Goreng sehingga masak.

Kredit resipi & foto : Nurieyda Alias

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x