fbpx

Kuih Puteri Ayu Lembut Bak Sutera. Kuih Paling Senang Nak Buat.

iCookAsia

Kuih Puteri Ayu memang cukup enak, dengan lemak masin daripada kelapa parut dan kelembutan adunan hijau. Rugilah kalau siapa tak makan.

Terima kasih Ariana Sofia Ahmad atas perkongsian resipi.

Sedikit tips, kuantiti 1 kotak santan Kara sama dengan 1 cawan air. Jika tidak cukup 1 cawan, boleh tambahkan air. Kuantiti bahan ini dapat membuat 45 biji. Dan sapukan acuan dengan minyak terlebih dahulu.

Bahan :

3 cawan Tepung gandum

4 biji Telur gred B

1 1/2 cawan Gula halus

1 1/2 cawan Santan –  1 kotak santan kara + 1/2 cawan air

1 sb Ovallete

1 sk Baking powder

1 sk Perisa pandan

2 sk Pewarna hijau

 

Bahan Kelapa :

1 biji Kelapa – warna putih sahaja

1 sk Garam

1 sb Tepung ubi

 

Cara :

  1. Putar telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau sehingga sebati. Pastikan adunan masih cair.
  2. Kemudian masukkan baking powder dan tepung yang telah diayak. Putar lagi sehingga sebati.
  3. Adunan memang likat. Apabila sudah putar sebati, terus matikan mixer.
  4. Masukkan pula santan dan putar lagi sehingga sebati.
  5. Pastikan adunan licin dan tidak terlampau pekat.
  6. Letakkan adunan dalam piping beg untuk memudahkan tuang ke acuan.
  7. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau sebati. Kalau tak cukup masin boleh tambah garam.
  8. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Letakkan 3/4 sudu besar kelapa parut.
  9. Tekan kelapa menggunakan jari sehingga padat dan kemas.
  10. Picit adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
  11. Selepas masak, rehatkan kuih sebentar. Apabila sudah suam, baru keluarkan daripada acuan.

Kredit resipi & foto : Ariana Sofia Ahmad

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x