in , , ,

Kuih Ropa Atau Kuih Lipat Terengganu Asli. Wajib Cuba, Sedap Lain Macam.

Kuih Ropa atau kuih lipat Terengganu ini memang popular di Pantai Timur. Selalunya inti boleh dipelbagaikan dengan pelbagai antaranya inti kentang, ikan dan sebagainya, ikut selera masing-masing. Ada juga yang menggelarkannya sebagai murtabak mini kerana rupa dan rasanya.

Dan mengikut pemilik resipi, ropa wajib digoreng dengan minyak yang sedikit. Lebihan ropa yang dibuat boleh dibekukan, jadi hanya goreng jika ingin makan.

 

Resipi kulit :

2 cawan Tepung gandum

2 1/2 cawan Air

1/2 sk Garam

1 biji Telur

Pewarna kuning (pilihan)

 

Inti :

1. Goreng ayam atau daging dengan 5 biji kentang yang dipotong dadu, dua labu bawang besar dipotong dadu, lima sudu besar rempah kari dan perasakan dengan gula dan garam. Letakkan sedikit air dan masak sehingga kentang empuk.

 

Cara :

1. Bancuh semua bahan untuk adunan kulit.

2. Panaskan pan dan oleskan dengan sedikit minyak. Ambil satu senduk adunan dan ratakan atas pan.

3. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan. Ulang sehingga adunan habis.

4. Isikan inti di tengah-tengah dan lipat.

5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, goreng ropa yang telah dilipat tadi.

Sumber : Azila Ismail‎

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0