fbpx

Kuih Ropa, Kulit Lipat Versi Goreng. Sedapnya Sukar Nak Digambarkan.

iCookAsia

Kuih Ropa merupakan kuih yang sangat popular di Terengganu dan susah untuk dapatkannya di sekitar Lembah Klang. Kulit kuih ropa dibuat daripada lempeng dan isinya pula merupakan inti kentang. Cuma apa yang uniknya, selepas dibalut dan dilipat, kuih ropa digoreng sehingga garing.

Terima kasih Syazwina Nuzuamry atas perkongsian resipi.

 

Bahan kulit ropa :

400 gm Tepung gandum

2 biji Telur 2

Air ( agak agak ) – adunan kena cair

Garam

Gula

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan. Adunan hendaklah cair.
  2. Proses membuatnya sama seperti lempeng. Canai nipis di atas kuali non stick pan.
  3. Buatkan kulit banyak sekaligus dan selepas itu baru letakkan inti.
  4. Pastikan bungkus inti dengan kemas supaya inti tidak terkeluar.
  5. Jangan terbalikkan lempeng dan jangan terlalu masak. Agak-agak tepung sudah masak, terus diangkat.

 

Bahan inti :

4-5 biji Kentang – potong dadu dan rebus empuk

2 ketuk dada ayam – ambil isi dan potong dadu

3 sb Rempah kari

4 ulas Bawang putih – tumbuk lumat

8 labu Bawang merah 8 biji – kisar

1 labu Bawang holland – potong dadu

2 sb Cili boh

1 sb Lada hitam – tumbuk lumat

Garam

Gula

 

Cara :

  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang holland. Kemudian masukkan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak. Tumis lama supaya cili betul-betul masak. Masukkan rempah kari dan lada hitam.
  2. Selepas itu masukkan ayam. Dan akhir sekali baru masukkan kentang yang sudah direbus empuk tadi supaya tidak hancur.
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Siap dan ketepikan.
  4. Letakkan inti di tengah lempeng dan lipatkan.
  5. Goreng.
  6. Jika ingin frozenkan, goreng dahulu dengan sedikit minyak dan sekejap sahaja. Selepas itu masukkan ke dalam peti ais bahagian beku.
  7. Apabila nak makan, terus goreng.

Kredit resipi & foto : Syazwina Nuzuamry

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x