fbpx

Kuih Seri Muka Acuan Lompang

iCookAsia

Biasa kita buat Seri Muka dalam talam kan, kali ini Min nak kongsikan cara buat Kuih Seri Muka Acuan Lompang. Senang asing-asing terus sekali makan, tak payah nak potong dah! 

Terima kasih Esya Lisha Ng untuk perkongsian resipi Kuih Seri Muka Acuan Lompang ini 🙂

 

Bahan-bahan Lapisan Bawah:

1 cawan beras pulut (kalau guna beras pulut biasa rendam selama sejam, kalau guna pulut susu hanya basuh sahaja, tak perlu rendam)

1 kotak santan 200ml 

½ cawan air 

1 cubit garam

2 sudu minyak masak

Cara Buat Lapisan Bawah:

  1. Setengah cawan santan kotak dan setengah cawan air dicampurkan bersama secubit garam dan 2 sudu minyak masak dan gaul sebati. Santan fresh tak perlu minyak.
  2. Kukus sehingga pulut masak. Kalau guna rice cooker pun boleh, masak macam nasi biasa.

Jika anda mencari pengukus yang berkualiti, dapatkan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer.

Bahan-bahan Lapisan Atas:

1 cawan tepung gandum

3 sb tepung ubi (tak letak pun boleh)

2 sb tepung jagung (tak letak pun boleh)

1 biji telur gred A

1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)

1 cawan air daun pandan

1 cubit garam

Pewarna hijau

Perasa pandan 

Cara Buat Lapisan Bawah:

  1. Campurkan kesemua bahan untuk lapisan atas di dalam bekas. Gaul sebati sehingga tiada ketulan tepung. 
  2. Tapiskan semua dan masukkan seketika ke dalam kuali atau periuk untuk diwapkan, guna api perlahan.
  3. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak, bulatkan kecil beras pulut yang sudah dimasak ke dalam acuan. Tekan sehingga padat.
  4. Tuangkan sehingga penuh lapisan atas yang sudah diwapkan.
  5. Kukus selama 15 hingga 20 minit dengan api perlahan.

Jika anda mencari pengukus yang berkualiti, dapatkan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Esya Lisya Ng (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x