fbpx

Kuih Tradisional Kegemaran Ramai, Kuih Buah Melaka Atau Dikenali Sebagai Onde-Onde. Mudah Je Dan Sedap

iCookAsia

Kalau dapat buat Kuih Buah Melaka untuk dijadikan dessert berbuka puasa pun sedap juga. Cara nak buat kuih ini pun senang sahaja dan sedap rasanya saat dimakan. Bukan itu sahaja, kalau buat sendiri, dapat makan banyak dan puas hati.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Love Nor Hadzari perkongsian resipi Kuih Buah Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung pulut

2 sudu besar tepung beras

5 helai daun pandan

Gula melaka (dipotong kiub kecil)

Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)

Sedikit pewarna hijau

Cara membuat:

  1. Mula-mula, didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis.
  3. Kemudian, campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  4. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  5. Seterusnya, rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
  6. Akhir sekali, salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Love Nor Hadzari(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x