fbpx

Kuih Yang Mendapat Permintaan Tinggi Waktu Raya, Wanita Ini Kongsikan Resepi Jualannya, Biskut Dahlia Susu. Mudah Je!

iCookAsia

Setiap kali raya mesti kena ada kuih raya kan? Antaranya Biskut Dahlia Susu ini. Anda semua boleh lah cuba resepi mudah ini untuk raya nanti. Kalau nak list kan dulu kuih untuk dibuat pun boleh. Bukan itu sahaja, rasanya sedap dan sesuai untuk buat seisi keluarga.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Faizzah Ibrahim perkongsian resipi Biskut Dahlia Susu ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan butter atau marjerin

1 cawan susu pekat

1 paket tepung jagung 400 g

3 sudu tepung gandum

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan butter dan susu sampai rata.
  2. Kemudian, masukkan tepung dan uli sampai tidak melekat pada tangan. Adunan ini akan mudah mengeras kalau terkena angin. Kalau keras, boleh gaul dengan sedikit marjerin untuk bagi lembut semula. Boleh guna acuan semperit pecah 12.
  3. Selepas bentukkan biskut, biarkan bawah kipas selama setengah jam supaya kuih tidak mudah jatuh sewaktu dibakar.
  4. Akhir sekali, gunakan api atas bawah dengan suhu 150 atau 140. Gunakan api yang perlahan biar masak sekata. Kadang-kadang api yang kuat akan cepat hangus dan tidak masak di dalam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Faizzah Ibrahim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x