in , , ,

Kurma Ayam Selera Ayah. Gantikan Santan Dengan Susu Cair. Cubalah

Kadang kala resipi biasa inilah yang melekat di hati kan? Tak perlu pun pikat hati keluarga atau orang tersayang dengan menu mewah, wagyu, lobster atau hidangan hotel yang beribu ringgit, cukuplah dengan masakan penuh kasih sayang, alhamdulillah, melekat di hati selamanya.

Jelas pemilik resipi Dani Shoppe’s, resipi kurma ayam ini mengikut selera ayahanda yang mahu santan digantikan dengan susu cair. Turutilah pesanan syurga kita selagi mereka masih bersama, seronok rasanya bila melihat kedua orang tua berselera makan dengan air tangan kita.

“Sy rasa ni kali ke – 2 sy masak menu ayam kurma sepanjang sy boleh memasak ni. Menu ni kalau nak makan tu selalu beli je. Tah la, rasa mcm x berapa nak pandai masak menu ni.

“Skali 2 peket sy letak rempah kurma tu. Letak sepeket nmpk mcm x cukup je, mcm nipis je warna dia 😆. Saya tak letak santan, tp letak susu cair. Nmpk pucat skit dlm gambar, sbnrnya pekat lg warna nya.

“Jgn kecam ye kalau ade kesalahan dlm cara masakan ni sebab sy ikutkan selera ayh sy je. Dia yg mintak sy buat mcm ni & ganti santan kpd susu cair. Raikan perbezaan ye, selera org tua, kita ikutkan je selagi dia masih bernafas.

 

Bahan :

Ayam cuci bersih

Bawang merah potong halus

Bawang holland separuh potong wedges, separuh hiris halus

Bawang putih hiris halus.

Bunga lawang

Kulit kayu manis

Pelaga

Rempah kurma – jadikan pes

Susu cair

Asam jawa

Gula

Garam

Tomato

Cili besar

Telur rebus


Cara :

1.Panaskan kuali atau periuk. Masukkan minyak, tumis bawang yang dihiris halus, tiga sekawan dan rempah kasar sampai naik bau.

2.Masukkan rempah kurma yang di bancuh dengan sedikit air menjadi pes.

3.Saya tumis sehingga tiga kali menjadi garing. Masukkan air, dia kering dan garing pastu masukkan air. Ulang sehingga tiga kali. Jaga api jangan sehingga rempah hangus.

4.Masukkan ayam, biar dia sebati dengan rempah. Kacau dan jaga jangan hangus. Tambah air jika perlu.

5.Kemudian masukkan air secukupnya

6.Masukkan kentang, apabila kentang dah separuh masak. Masukkan bawang yang kita potong wedges tadi dan biarkan dia mendidih.

7.Selepas itu masukkan susu cair secukup rasa, garam, gula, air asam jawa kalau suka, bahan lain mcm tomato, cili besar dan telur rebus. Biarkan mendidih dan tutup api jika sudah masak.

Sumber : Danni Shoppe’s

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0