in , , ,

Langkah Mudah Buat Ayam Padphek, Masakan Thai Original Resipi Ibu.

Ayam Masak Padphek merupakan hidangan popular masyarakat Thailand dan punya rasa yang cukup pedas. Namun bila masak sendiri di rumah, sesuaikan sendiri dengan citarasa masing-masing.

Resipi perkongsian Nor Ashikin diperoleh daripada ibu yang merupakan warganegara Thailand yang telah menetap di Malaysia hampir 55 tahun.

 

Bahan kisar :

3 inci Kunyit hidup

4 ulas Bawang Merah

4 ulas Bawang Putih

2 batang Serai

4 helai Daun Limau Purut

1 biji Lada kering

5 biji Cili api

Halia

Belacan

3 helai Daun limau purut – potong

1 Asam keping – masuk sewaktu tumis

 

Bahan perap :

Ayam / Ikan keli / Sotong / Udang

Kunyit

 

Cara :

  1. Goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak (lebih banyak lebih sedap) dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan daun limau purut. Tumis sehingga layu dan sedia untuk dimakan.
  4. Jika anak-anak tidak makan pedas, asingkan lauk yang sudah dimasak dan letakkan cili api (tumbuk) kemudian.

Kredit resipi & foto : Nor Ashikin

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0