in ,

Lauk Ayam Masak Merah, Menu Wajib Di Kenduri Kahwin. Tak Dapat Pergi Majlis, Buat Sendiri Je Lah.

Musim PKP ini ramai yang panik Nikah. Masing-masing nak lalui ‘Total Lockdown’ bersama pasangan kan? Haa, tetapi yang menjadi kesedihan ramai pasangan, majlis kenduri perkahwinan yang sudah menjadi adat Melayu tidak dapat diadakan, disebabkan keadaan pandemik yang berlaku di negara kita. 

Tiada majlis, bermaksud tiada lauk kenduri dihidangkan. Wah, itu kegemaran ramai tau. Tidak mengapa, kalau perut tu teringin lauk-lauk kenduri seperti Ayam Masak Merah, boleh cuba buat di rumah, Kalau tidak tahu, boleh ikut resipi daripada seorang pengguna Facebook ini. Nampak menyelerakan betul. 

Terima kasih minaina_sal untuk perkongsian resipi  Ayam Masak Merah ini 🙂

Bahan kisar:

4 biji bawang kecil potong dadu

5 ulas bawang putih potong dadu

1 biji bawang besar dihiris

2 inci halia dipotong kecil

2 inci lengkuas dipotong kecil

2 batang serai dipotong kecil

20 tangkai cili kering direbus

Sedikit air untuk blender

Bahan tambahan

1/2 biji bawang besar untuk menumis

1 ketul kecil gula melaka

2 helai daun kari

5 sudu besar cili sos

3 sudu besar sos tiram

1/2 cawan air asam jawa

Sedikit garam

 

7 ketul ayam

1 mangkuk minyak masak 

Cara memasak:

  1. Ayam dilumurkan dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng separuh masak. Setelah masak bolehlah diangkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak dan guna semula untuk menumis bahan kisar tadi.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan bawang besar yang dihiris tadi dan daun kari. Kacau rata. 
  4. Kemudian masukkan gula melaka dan kacau sampai larut. 
  5. Masukkan sos tiram dan cili sos. Kacau lagi. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau lagi dan masukkan sedikit garam. 
  6. Setelah semua cukup rasa bolehlah matikan api dan sedia dimakan dengan nasi putih.

Mudahkan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: minaina_sal (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.