in ,

Lauk Kegemaran Ramai, Sambal Sotong. Makan Dengan Nasi Lemak Atau Nasi Putih, Confirm Puas.

Buat penggemar Seafood, sudah pasti anda akan tertarik dengan mana-mana lauk yang menggunakan Sotong kan? Bukan itu sahaja, kalau anda nikmati hidangan Nasi Lemak, sambal tambahan pasti anda suka, seperti Sambal Sotong, Sambal Udang dan lain-lain. 

Disebabkan musim PKP ini tak dapat beli Nasi Lemak di luar, gerai tepi jalan. Jom buat sendiri. Bukan dengan Nasi Lemak je sedap tau, dengan Nasi Putih panas-panas pun confirm menyelerakan. 

Terima kasih kakwan_ct untuk perkongsian resipi Sambal Sotong ini 🙂

Bahan-bahan:

500 gm sotong

1 biji Bawang besar, potong bulat

Bahan tumis:

1 biji bawang merah besar, kisar

2 ulas bawang putih, kisar

1/2 cawan cili kisar

1/4 cawan air asam jawa

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil kicap manis

1/2 cawan Minyak Masak 

Cara memasak:

  1. Sotong di potong bulat. 
  2. Masak air hingga mendidih. Kemudian, masuk sotong dan celur sebentar. Bila kulit sotong tegang, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan sedikit air dan air asam jawa. Masak hingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan kicap manis. Reneh sebentar hingga sambal hampir pekat.
  6. Masukkan potongan bawang besar, gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul rata.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: kakwan_ct (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0