in ,

Lauk Simple, Tapi Sedap. Ini Dia Resepi Telur Mata Masam Manis Yang Enak.

Kalau anda biasa makan Nasi putih bersama Telur Masak Kicap yang simple tapi sedap, anda pasti akan menyukai resepi perkongsian dibawah ini. Jom tukar selera hidangan simple dengan lauk Telur Mata Masam Manis. 

Yang pasti, orang bujang pun boleh buat. Simple, tapi meriah!

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Telur Mata Masam Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

Telur (ikut anda nak berapa biji)

2 ulas bawang putih*

1 biji bawang besar*

1/2 inci halia*

2 biji cili besar*

2 biji limau kasturi

Sos cili

Sos tomato

Sos plum

Sos tiram

1 biji tomato (potong dadu)

1/2 biji timun( potong dadu)

Mixed Vegetables

Cara membuat:

  1. Goreng dulu telur dan kemudian, ketepikan. 
  2. Kisar bahan bertanda (*) sampai halus.
  3. Sediakan kuali dan masukkan minyak.
  4. Apabila minyak dah panas, tumis bahan kisar tadi hingga garing. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos plum, sedikit madu atau gula, perahan air limau nipis, perasa tambahan (ajinomoto) dan garam. Biarkan merenih sebentar. 
  5. Kemudian, masukkan timun, tomato dan mixed vege. Gaul sebati, kalau pekat boleh tambah sedikit air panas.
  6. Masukkan telur dan gaul. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.