in ,

Layankan Permintaan Anak Bujang Dengan Buat Agar-Agar Milo. Resepi Paling Basic, Mudah dan Confirm Sedap!

Untuk resepi Puding atau Agar-agar Milo kali ini, adalah versi Back-to-Basic. Sebab apa? Bahan yang digunakan dan hasilnya sangat simple tetapi sedap! Sesuai sangat kalau anda tiada bahan yang banyak atau meriah di dapur kalau tiba-tiba teringin pencuci mulut kan. Jom cuba!

Terima kasih Cik Azza Mesram untuk perkongsian resipi Agar-agar Milo ini 🙂

Bahan-bahan:

1 Pack Serbuk Agar-Agar

3 Senduk Milo

3/4 Tin Susu Pekat Manis

1 Kotak Santan Kara

1 Biji Telur

2 Cawan Air Panas

1 Cawan Air Sejuk

Cara membuat:

  1. Bancuhkan air panas bersama Milo dan Susu Pekat Manis. 
  2. Kemudian, tambahkan Santan, masukkan Telur dan bancuh sekata di dalam periuk. 
  3. Masukkan Serbuk Agar-Agar dan sebatikan. Tambahkan Air Sejuk, panaskan dengan api sederhana dan sentiasa gaulkan bancuhan bahan sehingga mendidih untuk lebih kurang 15 minit.
  4. Matikan api dan tuang ke dalam loyang. Pastikan bancuhan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Azza Mesram (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0