fbpx

Lobak Putih Tumis, Petua Milk Booster. Lebihkan Rencah Bagi Hilangkan Rasa Pahit.

iCookAsia

Harus diakui lobak putih cukup berkhasiat untuk tubuh badan lebih-lebih lagi kepada ibu yang sedang menyusukan anak. Selalunya wanita dalam pantang disarankan mengamalkan makan lobak putih untuk menambah pengeluaran susu badan.

Malah sup lobak putih juga berupaya mengubati sakit buah pinggang dan masalah ketidakhadaman. Petua untuk menghilangkan rasa pahit ialah dengan menambah lebih rencah dalam masakan

 

Bahan :

1 batang Lobak Putih – buang kulit, belah dua dan potong ikut ketebalan yang disukai

3 labu Bawang kecil

2 ulas Bawang putih

Ikan bilis

1 sk Lada hitam

 

Cara :

  1. Tumbuk semua bahan kecuali lobak putih.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Selepas itu masukkan lobak putih dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau sebati sehingga layu dan masak.

Kredit resipi & foto : Izarizayu Idris

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x