fbpx

Lontong Goreng, Makan Sure Bertambah

iCookAsia

Bahan yang dikongsikan ini mengikut petua orang dulu-dulu, main agak-agak sahaja. Jadi sesuaikan mengikut kuantiti yang dimasak. Kalau tidak suka pedas, kurangkan cili. Lebih banyak bahan yang dimasukkan, lebih berperasa lontong yang digoreng. Yang penting jangan kedekut bahan.

 

Bahan :

Bawang merah

Bawang putih

Lada basah/cili besar

Cili padi

Telur

Ikan bilis

Sawi

Nasi himpit/ketupat nasi

 

Cara :

1. Tumbuk atau kisar bawang dan cili. Jangan terlalu lumat.

2. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau. Apabila bumbu telah garing, masukkan ikan bilis dan goreng sehingga garing.

3. Selepas itu, asing bumbu ketepi dan masukkan telur. Biarkan telur masak dan baru gaul bersama bumbu.

4. Perasakan dengan garam, ratakan dan masukkan nasi impit. Akhir sekali masukkan sayur. Kalau gunakan sayuran keras, masukkan awal supaya cepat lembut.

5. Biarkan sebentar dan masak dengan api untuk bagi kering dan elakkan nasi cepat basi.

Sumber : Afifah Yazid

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x