fbpx

Maggi Goreng Telur Mata. Kalau Dah Bosan Makan Nasi, Boleh Cuba Resepi Paling Mudah Dan Sedap Ni.

iCookAsia

Ada sesetengah orang, sejenis yang boleh cepat bosan kalau diulang makan benda yang sama. Ada yang tidak. Sama juga seperti sesetengah orang yang sudah bosan makan nasi dalam setiap hidangan. Betul tak?

Jadi ini lah masanya, untuk anda cari pelbagai resipi selain menggunakan nasi yang pada masa yang sama boleh mengenyangkan perut anda. Seperti resipi di bawah ini? Mudah je nak buat. Tapi boleh lah isi perut lapar anda tu. Hehe…

Terima kasih Razzi Hajemi untuk perkongsian resipi Maggi Goreng Telur Mata ini 🙂

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Masukkan 2 ulas bawang putih, 2 biji bawang merah dan satu biji cili. Semua nya dipotong nipis.


2. Goreng sehingga naik bau. Masukkan fish ball dan sosej. Goreng hingga kekuningan.


3. Masukkan sebiji telur kemudian masukkan 2 sudu sos cili, 1 sudu kicap dan 1 paket perencah maggi. Gaul rata.


4. Masukkan maggi (2 packet) yang telah direbus dan gaul. Kemudian masukkan 1/2 paket perencah maggi dan sayur.


5. Gaul rata dan siap untuk dihidang! Jangan lupa goreng telur mata ya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Razzi Hajemi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x