fbpx

Malang Tidak Berbau, Inilah Yang Dikatakan Dugaan Ramadan.

iCookAsia

Bazar Ramadan merupakan tempat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Di setiap negeri, terdapat lebih daripada 10 bazar Ramadan yang menjual aneka makanan dan minuman. Tahun ini bazaar Ramadan beroperasi seperti biasa berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Sudah semestinya para peniaga terasa amat gembira kerana mereka berpeluang untuk mencari rezeki di sepanjang bulan ini. 

Namun demikian, tular di sosial media sekumpulan peniaga lelaki diduga apabila semua balang air yang mereka hendak jual jatuh ke tanah. Punca balang air jatuh adalah disebabkan struktur kaki meja yang tidak kuat dan tidak dapat menampung balang-balang air yang berat itu. 

“Punca kaki meja yang tidak kuat…”

 

Ujar pemilik video ini, kejadian tersebut berlaku di bazar Pandan Indah dan mereka berasa amat gembira pada awalnya kerana ini merupakan pengalaman kali pertama mereka menjual di bazar. Walaupun begitu, insiden tersebut memberi kesan kepada mereka kerana semua barang berniaga mereka rosak dan pecah. Inilah yang dikatakan ‘malang tidak berbau’. 

“Dugaan bulan Ramadan…”

   

Menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut memberi sokongan dan kata-kata positif kepada peniaga lelaki tersebut supaya terus kuat dan sabar. Ada juga memberikan nasihat dan pendapat untuk lebih cermat apabila memilih barang untuk berniaga. Semoga mereka dimurahkan rezeki dan jangan berputus asa kerana rezeki Allah sentiasa ada. 

Kredit video adamhaqim9(Tiktok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x