fbpx

Mango Cheese Cake. Tak Perlu Bakar Pun. Sedapnya Tak Terkata. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Kalau tak ada oven pun tak mengapa, untuk buat Mango Cheese Cake, hanya perlukan peti ais untuk sejukkan bahan. Dan sesuai dengan musim manga sekarang ni, mudahlah nak buat kan?

Bahan Lapisan Bawah :

½ Butter dari 250gm

20 – 25 keping Biskut Marie

 

Cara :

1. Cairkan butter dan apabila dah cair, masukkan biskut yang dihancurkan.

2. Kacau dan selepas itu masukkan ke dalam loyang. Padatkan.

Bahan lapisan cheese :

250 gm Cream cheese

1 kotak kecil Whipping Cream

2@3 sudu Gula aising

1 sb Gelatin

3 sb Air panas

 

Cara :

1. Putar cream cheese dan masukkan whipping cream dan gula aising.

2. Dalam bekas kecil, bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sebati dan masukkan ke dalam adunan tadi. Putar hingga sebati.

3. Kalau nak masukkan puri mangga atau potongan kecil mangga dalam adunan pun boleh.

4. Masukkan adunan ke dalam lapisan pertama tadi. Sejukkan dalam 15 hingga 20 minit.

Bahan Puri Mangga :

1 biji Mangga

1 sb Gelatin

 

Cara :

1. Potong mangga manis dan kisar dengan gelatin yang sudah dibancuh dengan air panas.

2. Pastikan adunan cheese sudah beku sebelum tuangkan puri mangga supaya adunan tidak bercampur.

3. Untuk topping, boleh letakkan potongan kecil mangga.

4. Sejukkan dalam 4 hingga 5 jam sebelum dimakan.

Sumber : Nuryatie PG’s

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x