fbpx

Manisan Daripada Thailand Iaitu Sagu Longan. Sedap Betul ‘Dessert’ Ni! Segar Tekak.

iCookAsia

Admin pasti ramai suka akan hidangan dessert dari pelbagai negara. Contohnya Buko Pandan daripada Filipina. Memang ramai suka. Tapi baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah kongsikan satu hidangan dessert daripada Thailand. Kata beliau, pencuci mulut dari Thailand ini memang sangat sinonim dengan menggunakan bahan Santan, Mangga dan juga Longan. 

Jadi, inilah dia Manisan Sagu Longan. Terliur tak? Jom buat sekarang!

Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Manisan Sagu Longan ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 cawan sagu

1 mangkuk besar air 

1 mangkuk besar longan

1 cawan santan

1 cawan air

3 sudu besar gula (suka manis lebihkan)

½ sudu kecil garam 

1 helai daun pandan/ ¼ sk emulco pandan

Cara penyediaan:

  1. Masak air hingga mendidih. Masukkan sagu. Masak hingga sagu menjadi jernih. Tapiskan. Bilas sagu dengan air untuk membuang lebihan kanji. Ketepikan.
  2. Kupas buah longan dan buangkan bijinya. Ketepikan.
  3. Campurkan santan, 1 cawan air, gula, garam dan daun pandan/emulco pandan. Masak hingga gula larut sepenuhnya dan santan sedikit mendidih. “Saya suka kuah santan tidak terlalu pekat, yang manis-manis buah dan rasa masin sedikit. Sejukkan.”
  4. Campurkan sagu, buah longan dan kuah santan dalam satu bekas. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x