fbpx

Masak Adunan Dahulu Sebelum Digoreng, Barulah Dapat Cucur Kembong Manis Yang Sedap Dan Lembut Sampai Ke Malam.

iCookAsia

Selalunya jika nak buat cucur, kita hanya bancuhkan semua bahan, adunkan bersama dan terus digorengkan? Namun untuk mendapatkan cucur yang lembut dan mampu bertahan sehingga ke malam, tipnya ialah masak dahulu adunan di atas api. Malah cucur yang dimasak cara begini boleh dimakan walau selepas dua hari.

 

Bahan :

1 cwn Tepung gandum

2 sb Minyak masak

3 sb Gula

1 cwn Air

 

Cara :

  1. Adunkan minyak masak, gula dan air bersama di dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Tutup api.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau semua bahan sehingga sebati dan biarkan seketika supaya doh sejuk.
  3. Selepas sejuk, uli sedikit dan ambil adunan untuk dibulat-bulatkan mengikut saiz yang disukai. Rehatkan adunan selama 10 minit.
  4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng dengan api sederhana sehingga garing.

Kredit resipi & foto : Ju Ismail

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x