in ,

Masak Ayam Sambal Je Untuk Sahur. Itu Pun Dah Cukup Menyelerakan. Resepi #Ramadan

Untuk perkongsian resepi sempena Ramadan kali ini, Admin nak kongsikan resepi yang mudah-mudah sahaja. Tahap mudah yang orang bujang pun boleh buat, haa begitu. Resepi kali ini senang sahaja iaitu Ayam Sambal. Sukatan bahan pun senang juga. Sesuai untuk dihidang untuk juadah berbuka. Kalau ada lebih, boleh lah simpan untuk Sahur pula. 

Cuma, kalau anda nak buat untuk Sahur, pastikan jangan terlalu pedas tau. Takut-takut, terbakar pula perut pagi-pagi tu, hehe…

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Ayam Sambal ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng)

7 tangkai cili hijau (dikisar)

Sedikit cili api (ikut kepedasan)

2 labu bawang besar (dikisar)

4 ulas bawang putih (dikisar)

1 batang serai (diketuk)

2 potong halia (dikisar)

1 labu bawang besar (dibelah 6)

Garam

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang besar,bawang putih, cili hijau, cili api, serai, halia.
  2. Bila sudah agak garing, masukkan bawang potong dan garam. Kacau rata dan masukkan ayam goreng. Kacau sekejap dan angkat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0