in

Masak Bahulu Menggunakan Sandwich Maker je? Wahh! Sangat Mudah, Jom Cuba Buat

Kebiasaannya bahulu akan dimasak menggunakan pembakar arang atau oven elektrik, rupa-rupanya bahulu juga boleh dimasak dengan menggunakan sandwich maker. Hanya menggunakan 3 bahan yang mudah, semua orang pun boleh buat! Terima kasih kepada saudari Azirah Muktar yang berkongsi resepi dan foto ini.

BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung gandum

1 cawan gula (boleh kurangkan kalau taknak manis)

3 biji telur

 

CARA-CARA

1. Blend telur dan gula sehingga gebu, masukkan tepung. 

2. Panaskan sandwich maker, sapukan minyak dan tuang adunan tadi.

 

3. Bakar sehingga masak. Siap. 

 Lepas ni yang ada sandwich maker kat rumah bolehla buat bahulu ni, bahulu ala moden hihi.

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0