fbpx

Masak Lemak Cili Api Telor Itik Bersama Kundang Muda Dan Peria Ori Nismilan. Makan Dengan Ikan Goreng Garing. Cukup Menyelerakan.

iCookAsia

Lauk pauk kampung memang tiada tolok banding. Walau sekadar ulam-ulaman dan sambal belacan, namun cukup membuka selera. SIlap haribulan, bertambah nasi.

Resipi perkongsian SuiSan Aliezsha ini menggunakan kundang muda dan peria sebagai pelengkap rasa masak lemak cili api ori nismilan. Memang padu. Walau pedas tapi susah nak berhenti makan. Sedapnya tidak terhingga.

 

Bahan :

1 biji Kelapa parut

Cili padi – tumbuk

Kunyit hidup – tumbuk

Telur itik

1 batang Serai – diketuk

1 keping Asam keping

Kundang muda

Peria

 

Cara :

  1. Perah kelapa dan santan yang terhasil di masukkan ke dalam kuali.
  2. Kemudian masukkan cili, kunyit hidup dan serai ke dalam kuali. Serai dimasukkan bagi mewangikan kuah dan menghilangkan bau hanyir telur.
  3. Masak sehingga pekat dan permukaan santan kelihatan licin. Pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan berketul.
  4. Kemudian masukkan asam keping, kundang muda dan peria. Perlahankan api.
  5. Pecahkan telur itik sebiji demi sebiji. Apabila telur putih sudah kelihatan, kuatkan api kepada sederhana. Kacau santai di bahagian tepi dan tidak perlu terlalu kuat. Tidak perlu terbalikkan telur.
  6. Biarkan beberapa minit dan tutup api. Tidak perlu dimasak terlalu lama kerana bahagian putihnya akan keras dan tidak sedap.

Kredit resipi & foto : SuiSan Aliezsha

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x