fbpx

Masak Sambal Goreng Terung Yang Mudah. Memang Laku Bila Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas.

iCookAsia

Orang Melayu ini memang tidak boleh pisah dengan makanan pedas atau Sambal. Juga dengan kepelbagaian lauk yang dihidang. Contohnya, hidangan Nasi Lemak. Terdapat pelbagai lauk Sambal yang boleh dipilih mengikut kegemaran, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Telur Sambal, Sambal Ikan Bilis dan pelbagai lagi. 

Tetapi, pernah anda buat Sambal Terung? Tak ramai lah gemar, memandangkan lauk ini menggunakan Terung. Belum cuba belum tahu tau. Mana tahu masakan Sambal ni anda suka? Jom cuba!

Terima kasih Leha Yusuf untuk perkongsian resipi Sambal Goreng Terung ini 🙂

Bahan-bahan:

3 biji terung panjang 

3 sudu cili kisar 

1/2 biji bawang besar (hiris)

3 biji bawang putih (hiris)

Garam

Gula

Cara memasak:

  1. Goreng terung dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang besar, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak. 
  4. Perasakan dengan garam dan gula. 
  5. Masukkan terung dan kacau rata.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Leha Yusuf (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x