fbpx

Masak Satu Periuk Tak Cukup. Hidangan Lemak Cili Api Nangka Muda Dan Ayam Ni Buat Korang Nak Repeat Banyak Kali.

iCookAsia

Buat anda yang suka masakan lemak cili api, pasti akan suka dengan perkongsian resipi di bawah. Kebiasaanya, masakan ini akan digandingkan dengan ayam sahaja. Tetapi, nak buat meriah kan. Kita cuba la masukkan nangka muda. Tengok rasa dia macam mana.. Haa 

Terima kasih Nor Haidah Md Said untuk perkongsian resipi Lemak Cili Api Nangka Muda Dan Ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

Sebiji nangka muda saiz kecil (direbus hingga 3/4 empuk, tambahkan garam dalam rebusan)

Seekor ayam (dicincang kecik)

Cili padi (ikut kepedasan yang anda suka)

Halia seinci

Bawang besar 2 biji

Bawang putih 5-6 ulas

Sedikit kunyit basah/ serbuk kunyit

(Blender semuanya)

Serai 2 batang titik

Asam keping 2 keping

Santan kelapa segar 1 biji

Sekotak santan kara 

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis dan masukkan serai, kemudian terus masukkan bahan yang sudah dikisar.
  2. Tumis hingga bahan tadi pecah minyak dan air lada tadi kering hingga menjadi seperti pes.
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dicincang kecil. Gaulkan ayam dan bahan tumis hingga sebati.
  4. Tambah sedikit air dan masukkan asam keping.
  5. Biarkan hingga ayam  masak.
  6. Bila ayam sudah masak, baru masukkan santan yang diperah dari kelapa tadi. Santan dari kelapa tadi di lebihkan air untuk dapatkan kuah Jangan risau cair, sebab nanti akan tambah bersama santan kotak. Perisakan dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula mengikut selera masing-masing.
  7. Apabila santan sudah mendidih, masukkan nangka dan gaul hingga sekata. Akhir sekali, baru tuangkan santan kotak.
  8. Pastikan sentiasa di kacau agar santan tidak pecah.
  9. Masak lagi selama 10 minit, hingga betul-betul sebati semuanya.

“Masak lemak ni tak sedap makan terus lepas masak. Sebab nangka belum menyerap rasa lagi. Biarkan dalam 20 -30 minit sebelum dihidangkan. Masak lemak akak memang tak guna kan ketumbar atau sebagainya. Sebab sudah guna ayam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Haidah Md Said (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x