fbpx

Masak Sotong Kari Yang Simple. Rasa Manis Daripada Kacang Dan Kari Memang Betul-Betul Padu!

iCookAsia

Kebiasaanya, kalau menggunakan Sotong ini masakan Sambal Tumis sahaja yang paling popular. Tetapi takkan selamanya nak masak lauk itu sahaja kan? Jadi, untuk perkongsian resipi kali ini, Admin kongsikan idea masakan Sotong yang jarang dibuat iaitu Sotong Kari. Jom cuba!

Terima kasih Razzi Hajemi untuk perkongsian resipi Sotong Kari ini 🙂

 

 

Bahan-bahan:

Sotong

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

7-8 biji cili kering

Serbuk kari

Serbuk kunyit

Garam

Gula

2 packet Kacang tumbuk

Cara memasak:

1. Kisarkan semua bahan-bahan ini.


2. Gaulkan sotong dengan 2 sudu serbuk kari, 1 sudu serbuk kunyit dan 1 sudu garam.


3. Sediakan kuali, panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar halus.


4. Setelah naik bau dan pecah minyak masukkan sotong.


5. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis.


6. Masukkan 2 paket kacang tumbuk. Gula dan garam secukup rasa. Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Razzi Hajemi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x